Thursday, December 1, 2011

Demi massa.?

Salam.
dari bulan 7..tik tok tik tok..bulan 8..tik tok tik tok..bulan 9,10,11 dan bulan Disember..
bagi yang aku lalui..
kehidupan aku berubah dari satu fasa ke fasa yang lain..
dari remaja yang bodoh bengap yang tahu buang masa di hadapan komputer,layan porn hub,minum vodka dan yang mahu ikut kepala sendiri..
kepada remaja yang tahu mengunakan sihir harry potter,berdakwah ke dalam dunia narnia dan mengembirakan diri di pub pub malam..
*sila jangan jadi tapir dengan mempercayai ayat-ayat di atas kecuali ayat di baris pertama..*

Okey..
sebenarnya tujuan aku post kat sini nak bagitau paper SPM aku yang berkaitan dengan subject kegemaran Imhotep akan dilangsungkan 14 Dis nih..aku bukan nak minta korang do'a atau bagi sorakkan..aku hanya hendak lepaskan tekanan dari membaca buku berkaitan subject tuh jer..bodoh lah sapa kata nak lepaskan tension mesti hisap rokok..tahukah anda bahawasanya asap itu makanan jin dan kaum kerabatnya.?

By the way..aku dah buat perancangan dah selepas nih untuk hidup..abis exam jer aku nak gunting rambut..pastu bodek bodek mama untuk belikan laptop alienware yang berharga RM18.509.25 yang dibuilt-up megikut citarasa aku..buat masa sekarang aku hanya boleh simpan benda tuh sebagai wishlist..dan sila hambil perhatian bahawasanya wishlist ialah senarai yang tidak mungkin kita akan dapat...kalau dah dapat bukan wishlist tuh..tuh lucky...

by the way^2.....aku nak sambung beljar balik dan hisap rokok sepinggan dua..apa barang sepam dua...
akhir kata..jadilah manusia..bukan jadi judi..sebab kalau jadi judi..aku kena nyanyi lagu nirwana untuk panggil kau..hye judith..dapat ke lawak aku nih.??

p/s:tik tok tik tok ialah kesan khas bagi bunyi jam versi anolog...

Monday, July 18, 2011

Tajuk Debat saya ialah....

     Assalamualaikum saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Barisan Hakim yang Bijaksana,Penjaga waktu yang jitu,Barisan Pihak Lawan dan juga audiens di dalam dewan ini.saya ASRAFF KHAFF HEIKHALL BIN TIVI 49 INCI dari 5SAINS2 mewakili kelas saya sebagai Pecadang kedua dengan tajuk perdebatan Internet Peyumbang Kearah Masalah Sosial.

     Sebelum saya memulakan hujah saya,benarkan saya untuk mematahkan hujah pihak lawan iaitu ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ dengan menggunakan hujah hujah berikut: ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.
     Setelah saya mematahkan hujah pihak lawan saya,ingin sekali saya menyuarakan isi isi yang akan meyokong kami bahawa INTERNET PEYUMBANG KEARAH MASALAH SOSIAL.


-ISI PERTAMA-
-PEMBULIAN SECARA MAYA-
Pembulian secara maya juga turut berlaku keatas pengguna internet tanpa mengira umur,jantina,etnik mahupun warganegara pengguna.Pembulian secara maya boleh meyebabkan emosi para penggunanya terganggu dan jikalau serius boleh membawa kepada kematian pengguna internet tersebut seperti mana yang berlaku kepada Holly Grogan yang berusia 15 tahun dan  menetap di London akibat hinaan di facebook oleh teman sekolahnya dan Holly Grogan telah mencabut nyawanya sendiri.mangsa hinaan di facebook itu telah membunuh diri dengan menggunakan kaedah terjun daripada jambatan tingi.mangsa dikatakan selalu mendapat cacian,makian dan hinaan yang dilemparkan di akaun laman web tersebut sehingga tertekan dan kemudiannya mangsa telah bertukar sekolah tetapi rakan sekolah lama tidak berhenti untuk menganggunya malah mereka sebarkan hinaan,cacian dan kutukkan yang digunakan keatas mangsa kepada teman sekolahnya yang baru.sebelum kes pembulian secara siber ini berlaku mangsa dikatakan seorang yang ceria dan riang seperti mana yang telah digambarkan oleh sahabat baiknya iaitu CHLEO DAVIS di Akbar New York Daily News, pada tahun 2009.Kematian mangsa telah meyebabkan Steve dan Anita iaitu ibubapa kepada mangsa merasa begitu sedih dan marah dengan perilaku teman sekolah anak mereka yang tidak beradab di laman web itu setelah mereka membaca hinaan dan cacian itu di facebook anak mereka.Kes buli secara siber juga telah berlaku di Malaysia dengan kematian Sally Lee Qian Chun pada tahun 2011 dan seorang lelaki yang berusia 22 tahun pada tahun 2010 dan kematian mereka turut disebabkan pembulian secara maya.


-ISI KEDUA-
-KETIDAKTEPATAN MAKLUMAT-
Maklumat di internet juga tidak boleh dianggap benar seratus peratus kerana penulis maklumat itu sendiri belum tentu memperolehi maklumat itu dari sumber yang boleh dipercayai.Sebagai contoh yang boleh saya berikan ialah “ketika saya ingin mencari maklumat tentang Teori Darwin yang telah diutarakan oleh Charles Darwin di internet,keluar begitu banyak laman web yang mempunyai maklumat tentang teori tersebut dan saya telah membuka salah satu laman sesawang yang telah disediakan.Tetapi apabila saya membuka laman web yang lain pula,maklumat tentang teori tersebut berlainan dengan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang yang pertama.”ini menunjukkan bahawa internet itu belum tentu meyediakan maklumat yang tepat dan boleh dikatakan maklumat yang dinyatakan di laman sesawang itu belum tentu hasil tulisan penulis laman sesawang itu sendiri sepertimana yang dinyatakan oleh sahabat saya sebelum ini.Maklumat yang salah boleh meyebabkan penguna internet itu mempercayai maklumat itu dan sebarkan kepada orang disekeliling mereka dan kemungkinan besar maklumat palsu itu akan tersebar dengan luas dan jikalau maklumat itu berkaitan keselamatan negara,mungkin boleh meyebabkan negara dalam kedudukan yang bahaya.Penguna Internet boleh mengubah maklumat yang benar menjadi tidak benar dan ini akan meyebabkan penguna internet yang lain mempercayai maklumat yang telah diubah kebenarannya.Jikalau pihak lawan hendak kata bahawa internet itu tidak meyumbang ke arah masalah sosial,boleh pihak anda nyatakan kenapa internet itu tidak harus dipersalahkan kerana mempunyai maklumat yang palsu dan meyebabkan pengguna internet yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tertipu.?


-ISI KETIGA-
-MEDIUM MELAKUKAN JENAYAH-
Internet bukan sahaja boleh meyebabkan jenayah di dunia maya dilakukan,tetapi jenayah di dunia sebenar juga boleh berlaku.apa yang dimaksudkan oleh saya ialah Internet menjadi medium komunikasi pihak penjenayah untuk berkomunikasi sesama sendiri untuk melakukan jenayah.sebagai contoh bagi meyokong kuat isi saya ialah kejadian mencuri motosikal yang berlaku di Kluang,Johor sekitar bulan lepas yang mana polis berjaya menyelesaikan masalah kecurian motor sebanyak 17 laporan dengan tumpasnya GENG BELUT yang telah mengunakan facebook sebagai medium perhubungan dan tempat untuk mendapatkan arahan daripada ketua mereka dimana tempat untuk mereka mencuri motosikal dan tempat untuk berjumpa bagi menjual motosikal yang berjaya dicuri.Bukankah bukti yang telah saya nyatakan ini tidak cukup kuat untuk meyokong bahawa Internet itu Peyumbang Kearah Masalah Sosial yang berlaku pada hari ini.?
     Akhir kata,memang terbukti bahawa internet itu telah menjadi peyumbang kearah masalah sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat masa kini.Saya mengharapkan pihak penbangkang tidaklah mencuba untuk memutar belitkan fakta bahawa internet itu telah menjadi peyumbang kearah masalah sosial dan akhir sekali,saya harapkan pihak pembangkang dapat menerima pantun saya ini dengan hati yang tenang dan pantun saya berbunyi sebegini.
Dari hutan berpindah ke paya,
 Tekak haus pandangan tidak bermaya,
Tiada masalah di dalam hujah saya,
Kenapa anda tidak mahu menerimanya.?

Sekian,Terima Kasih dan assalamualaikum saya ucapkan…

_____________________________________________________________________________

hahahaha..
aku buat blog nih macam temat pelacuran pula bila aku gunakan dia ketika aku perlukan tempat untuk lampiaskan nafsu#idiom 
inilah akibatnya tidak mempunyai pendrive di dalam hidup dan telah meyebabkan aku terpaksa meletakkan isi perdebatan aku kat sini..looser sungguh aku jadinya..
aku cuba reka ayat perdebatan nih dekat 5 jam dan aku sekang betul betul ngantuk...damn me siapa suruh gatal gatal nak join..
fakk..
fakkk..
fakkk me..

sebelum aku lupa tajuk perdebatan aku ini ialah Internet Peyumbang kearah masalah sosial dan aku terpaksa mengutuk internet walaupun aku selalu hang up dengannya...imma sorry..

akhir kata..
babai

p/s:tiada pendrive,blogspot pun berguna juga...hahaha
p/s/s:nama bapak aku tuh bukan betul pon..kena sensor..takut anak dia tak laku pulak..ahahahahahaa 

Monday, May 2, 2011

Deria.

semua orang ada masalah dengan deria mereka.
mungkin kalau bukan dengan masalah deria mata,yakni rabun dekat/jauh,deria sentuhan mungkin.yakni bila try raba awek/abang tak dapat rasa passion rabaan tersebut..
aku pon ada.
double pula tuh.
yang dapat aku pastikan masalah deria aku ialah deria penglihatan.yakni rabun..
rabun apa tuh haa kita taktau lagi..

tapi sekarang ini aku dapat kenal pasti masalah deria pendengaran aku.yakni pendengaran aku menglankaui manusia biasa.sampai boleh dengar suara berfrenkuansi bawah 10hertz atau atas 4000000hertz.
(tertiba usop tangan sotong meyampuk:nampak beno menipo nyer)
ye ye ye.
aku mengaku aku tipu.
sebenarnya aku ada masalah juga dengan deria pendengaran aku ini.
baru baru nih banyak benda aku salah dengar.
nak contoh kejadian.?
aku boleh bagi

Masa:2340
Tarikh:semalam
Watak:Bapak aku(call papa jela) dan aku

Yang aku SALAH DENGAR:

Papa:angah...
Aku:yee..
Papa:nanti sebelom tido simpan dulu air dalam baldi kat sinki dalam peti ais.
aku:baik...

Yang Patut AKU DENGAR:

Papa:angah...
aku:yee..
Papa:nanti sebelom tido simpan dulu air BARLI kat sinki tuh dalam peti ais.
aku:baik...

sebagai akibatnya.
aku kena maki-dalam-satu-sedutan-nafas oleh kucing aku.
kenapa kucing aku.?
sebab aku telah simpan air paip dalam bekas yang serupa dengan bekas simpan ikan kucing.
dan akibat dari buatan aku itu,mak aku dah salah keluarkan bekas dan bila tiba tengah hari terkejut gila-tapi-tak-gila bila tengok ikan yang dibeli khas untuk kucing kena sumpah jadi air batu yang sedang mencair..last last kucing aku makan pukul 2 petang..padan muka sama neo dan keluarga.

BUKTI KEDUA

masa:1830
Tarikh:hari ini

Watak:Papa dan pasangannya serta anak kedua mereka.

yang aku SALAH DENGAR

papa:angah tolong ambilkan karung plastik.
aku:okey..(berjalan masuk dalam rumah dan keluar bersama beg plastik)..nah
papa:papa kata papa nak SURAT KHABAR.(nampak tak bagaimana perkataan papa itu ditekankan.?)
aku:owh..ingat beg plastic.

akibatnya aku telah digelakan secara berjemaah oleh pasangan suami isteri tersebut.
ahh..
sedih aku nak sambung cerita nih..
kalau sambung kang meleleh air mata aku waktu nak taip..

anyway.
try sebut "DERIA" berulang ulang kali dan korang akan mengalam suatu perasaan untuk menghentakkan kepala korang dekat dinding yang berhampiran..
selamat hentakkan kepala.
:D

Tuesday, January 18, 2011

takde mood..

dear blog,

kucing aku dah mati..dua ekor..dua dua mati  dalam masa 2 minggu..
sedih..
bai